Zaman Air Batu Senozoik Akhir

Zaman Air Batu Senozoik Akhir[1][2] atau Pengglasieran Antartika[3][4] bermula 34 juta tahun yang lalu sejak Sempadan Eosen-Oligosen dan masih berterusan hingga ke hari ini.[1] Tempoh ini merupakan zaman air batu atau tempoh rumah air batu semasa Bumi. Permulaannya ditandakan dengan pembentukan lembar ais di benua Antartika.[5]Enam juta tahun selepas permulaan Zaman Air Batu Senozoik Akhir, Lembaran Ais Antartika Timur telah terbentuk, dan 14 juta tahun dahulu ia telah mencapai jangkauan lembar air batunya seperti yang ada pada masa kini.[6]Sejak tiga juta tahun dahulu, pengglasieran telah merebak ke hemisfera utara. Ia bermula dengan Greenland yang menjadi semakin dilitupi dengan lembar ais pada akhir epok Pliosen (2.9-2.58 jtd)[7] Semasa epok Pleistosen (bermula 2.58 jtd), pengglasieran Kuaterner berkembang dengan penurunan suhu purata dan peningkatan amplitud antara tempoh glasier dan tempoh antara glasier. Sewaktu tempoh glasier Pleistosen, sebahagian kawasan besar di utara benua Amerika Utara dan utara benua Eurasia telah dilitupi dengan lembar ais.

Rujukan

WikiPedia: Zaman Air Batu Senozoik Akhir https://web.archive.org/web/20210816170752/https:/... https://web.archive.org/web/20181007035952/http://... https://web.archive.org/web/20190510115634/http://... https://sce.uhcl.edu/Pitts/disastersclassnotes/cha... https://doi.org/10.1016%2F0033-5894(81)90110-1 https://doi.org/10.1038%2Fnature13597 https://doi.org/10.17226%2F11798 https://doi.org/10.1038%2Fnature01290 https://doi.org/10.1016%2Fj.epsl.2005.06.020 https://doi.org/10.1002%2F(SICI)1096-8644(199908)1...